December 18, 2012

terlihat org buta yang menakjubkan!

Assalamualaikum...aku dh lama x bukak blog ni...dah lama x bukak sebab internet aku K.O...hehehe...
Ok aku mulakan cerita...Sejak akhir tahun ni,hati aku sering dilanda rasa 'goyang' menempuh hidup yang penuh dengan onak,duri dan rintangan.Tahap keyakinan diri sangat nipis senipis Samsung Galaxy Tab.Aku bolehlah diibaratkan bagai seorang nelayan yang bersampan di tengah lautan bergelora.Di dalam laut yang bergelora itu pula dipenuhi pelbagai jenis ikan jerung yang seakan tidak sabar mahu membaham dan mengoyak-ngoyakkan daging aku yang lembut-lembut batang pinang ini.Sudahlah lembut,manis pula.Sehinggalah satu hari aku ditemukan dengan peristiwa yang menyedarkan aku betapa aku ini berkali-kali lebih beruntung daripada orang lain di atas muka bumi ini.Mata aku sendiri menyaksikan keajaiban dunia ciptaan agung Yang Maha Esa.Menyaksikan bagaimana seorang insan buta matanya dapat melepasi halangan yang kadang kala insan celik seperti aku juga tidak mampu lepasi jika kurang berhati-hati  atau berwaspada.Otak aku bagai dijentik supaya cepat-cepat bangun daripada rasa 'down' yang tidak bertepi.Sekiranya insan kurang upaya pun mampu menghadapi segala dugaan dan masalah dunia.Yeah!Aku kena bangun semula dan berlari laju selepas jatuh supaya tidak tertinggal jauh di belakang..

SEKIAN,
Khairunisa Bt Abd Hamid

November 27, 2012

Pangkah bercinta betul bernikah.

Lebih baik bernikah daripada bercinta kerana bercinta akan mendatangkan nafsu.Nafsu akan mendatangkan maksiat.Maksiat akan mendatangkan zina.Zina akan mendatangkan anak luar nikah.Anak luar nikah akan mendatangkan pembuangan anak.Pembuangan anak akan mendatangkan malu.Hah tu la sebab jangan nak bercinta-cinta..nak bercinta boleh...tapi bercinta pun jangan nak berkepit-kepit sangat...baby baby laa anje anje laa.....layan je macam kita ni kawan paling rapat yee? maaflaa nisa bukan nak menyibuk tapi hanya lah untuk memberikan nasihat...jangan kita berperang.jangan nak bermaki-maki.jangan nak marah-marah..nisa x bermaksudkan untuk memusnahkan hubungan korang..nisa hanya memberi nasihat..maafkan nisa jikalau apa yang nisa ceritakan ni akan menyakitkan hati korang..nisa pun bercinta tapi nisa x layan teman lelaki nisa macam kitaorang berpasangan tapi nisa hanya layan dia macam kawan rapat macam tuje yee?jangan nak salah faham...maafkan nisa...peace no war...=) ok assalamualaikum..

HARI NI.....

Assalmaualaikum...maaflaa nisa lambat bukak blog..hmmmm...oh ye hari ni nisa sedar yang lelaki ataupun perempuan mempunyai cita rasa sendiri ada yang suka nyanyi,main gitar dan banyak lagilaa..tapi jangan laa kita umpat..contohnya,ada seorang perempuan ni macam laki..ada yang lelaki macam perempuan...haah sedangkan kita x sedar apa yang kita lakukan..jadi jangan mengumpat-umpat...yee oklaah Assalamualaikum..
pai pai.......

November 23, 2012

kawan baikku

Assalamualaikum,nisa ada kawan baik.Nama dia Nureen Natasya.Kekadang dia lawak kekadang pun dia garang hehehe.Walaupun perangai dia macam budak-budak tapi dia tetap baik.Kitaorang pernah bergaduh.Tapi,kitaorang baik semula hikhikhik.Masa saya jadi ketua kelas,dia pernah bantu saya.Masa tu,nisa susah nak kawal diorang untuk senyap tapi nureen cuba tolong nisa.Dia memang terbaik.SEMOGA KAMI BERKAWAN BAIK TILL JANNAH!!

TENGOK CERITA ANACONDA!!!!!

Pergghhh!!!ngeri siot tengok cerita anaconda!siapa yang mabuk darah tu gerenti TERMUNTAH!!!iSH ANACONDA TU MELETOP LAA!!!BECUKKKK!! erk nisa dah melebih ni heheheehehehehe...

HARI NI NISA SEDIH...

Assalamualaikum,macam mana kamu semua sihat? mood korang ape?mood nisa sedih sebab hamster kesayangan nisa mati....sedih sangat.bangun je dari tidur tenampak hamster nisa terbaring,ingatkan dia tidur rupa-rupanya dia mati...uwaaaa hmmm harimau mati tinggalkan belang manusia mati tinggalkan nama...

November 22, 2012

Wargh!!! Ngantuknya..

Huwargh...nisa dah ngantuk ni korang ngantuk tak? kalau ngantuk tutup PC atau laptop..pastu masuk bilik tidur...zzzzzz oklah assalamualaikum.nisa nak tido ni...have a good dreams you alls!!!