December 18, 2012

terlihat org buta yang menakjubkan!

Assalamualaikum...aku dh lama x bukak blog ni...dah lama x bukak sebab internet aku K.O...hehehe...
Ok aku mulakan cerita...Sejak akhir tahun ni,hati aku sering dilanda rasa 'goyang' menempuh hidup yang penuh dengan onak,duri dan rintangan.Tahap keyakinan diri sangat nipis senipis Samsung Galaxy Tab.Aku bolehlah diibaratkan bagai seorang nelayan yang bersampan di tengah lautan bergelora.Di dalam laut yang bergelora itu pula dipenuhi pelbagai jenis ikan jerung yang seakan tidak sabar mahu membaham dan mengoyak-ngoyakkan daging aku yang lembut-lembut batang pinang ini.Sudahlah lembut,manis pula.Sehinggalah satu hari aku ditemukan dengan peristiwa yang menyedarkan aku betapa aku ini berkali-kali lebih beruntung daripada orang lain di atas muka bumi ini.Mata aku sendiri menyaksikan keajaiban dunia ciptaan agung Yang Maha Esa.Menyaksikan bagaimana seorang insan buta matanya dapat melepasi halangan yang kadang kala insan celik seperti aku juga tidak mampu lepasi jika kurang berhati-hati  atau berwaspada.Otak aku bagai dijentik supaya cepat-cepat bangun daripada rasa 'down' yang tidak bertepi.Sekiranya insan kurang upaya pun mampu menghadapi segala dugaan dan masalah dunia.Yeah!Aku kena bangun semula dan berlari laju selepas jatuh supaya tidak tertinggal jauh di belakang..

SEKIAN,
Khairunisa Bt Abd Hamid

No comments:

Post a Comment